Tuesday 30 December 2014

MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN KHAS KALI PERTAMA 2015


Alhamdulillah, tahun 2015 bakal menjelma beberapa hari lagi. Dikala kita semua buat persiapan ke sekolah, jauh disudut hati saya terfikir sejenak bagaimanakah keadaan kawan-kawan dan saudara mara kita di utara dan pantai timur yg dilanda banjir. Barangkali mereka sibuk membasuh kelas, bilik guru dan sibuk juga mengecat dan menyusun atur kembali fizikal di sekolah. Moga mereka kuat mengharungi ujian Allah. Amin.

Berbalik kita pada tajuk utama. Hari ini 30 Disember 2014 hari kami semua warga Program Pendidikan Khas Integrasi mengadakan Mesyuarat Kali Pertama untuk sesi 2015. Alhamdulillah 8 orang guru dan 3 orang Pembantu Pengurusan Murid juga hadir sama-sama menjayakan misi mesyuarat pada kali ini.

Tarikh : 30 Disember 2014
Masa : 9.00 pagi -11.30 pagi
Tempat : Bilik Kemahiran Manipulatif 


Tiada banyak perkara berbangkit sepanjang mesyuarat kami ini. Cuma ada beberapa isu kewangan dan telah pun diselesaikan dengan tanpa kesulitan hasil perbincangan bersama.


Sesi Mesyuarat Kali Pertama ini dipengerusikan oleh GPK Pend Khas kami Tn. Hj Azhar bin Jatmika. Dan saya bertindak sebagai pencatat minit mesyuarat (setiausaha tetap dan berpencen). Ops! :')


Beberapa orang guru dan PPM yang rancak menetapkan tarikh Takwim Pendidikan Khas 2015. Perbincangan berjalan lancar. 



Gambar sekitar perbincangan. GPK memberikan taklimat tentang beberapa bidang tugas guru-guru serta PPM. Semua memberikan perhatian.

Bersurai. 

Friday 14 November 2014

Jamuan Akhir Tahun Pend Khas dan Sambutan Hari Lahir


Assalamualaikum. 

11 November 2014 yang lepas kami adakan program ke luar bilik darjah iaitu ke Tasik Y untuk tujuan rekreasi dan juga kami ke Pizza Hut, The Summit Batu Pahat untuk Jamuan Kahir Tahun Pendidikan Khas. Selesai Jamuan kami bermain bowling sebagai terapi psikomotor kasar murid-murid khas. 

1. Tasik Y Batu Pahat


Aktiviti regangan badan di waktu pagi. Nyaman sungguh suasana.






Murid-murid seronok bermain di Playground. Gembira sungguh mereka ketika ini. 









Cikgu-cikgu, PPM dan murid- murid berehat sebentar sebelum ke destinasi seterusnya. Semua kepenatan tapi masih ceria. 


2. Pizza Hut The Summit Batu Pahat







Alhamdulillah Jamuan Akhir Tahun dan Sambutan Hari Lahir untuk semua warga Pendidikan Khas berjalan lancar tanpa sebarang masalah yg rumit. Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang program ini. 


Sekian. Terima Kasih. Jumpa Lagi.