Saturday 2 April 2016

Pembelajaran Luar Bilik Darjah : Program Mobiliti Sosial - Terapi Visual

Assalamualaikum. 

Pada 9 Mac 2016, Program Pendidikan Khas Integrasi SK Penghulu Salleh telah mengadakan program menonton wayang cerita BoboiBoy The Movie di MBO Cinema Batu Pahat Mall. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang dunia imaginasi dan seni kartun kepada murid-murid pendidikan khas. 

Selain itu juga, Program ini membantu perkembangan sosial dan komunikasi murid, sekaligus dapat mengeratkan hubungan antara guru, PPM dan murid-murid.



Gambar bersama semua guru, PPM dan murid-murid.

اَلْحَمْدُلِلّهِ perjalanan program berjalan lancar seperti yang dirancang. Semua murid gembira sepanjang program ini. اَلْحَمْدُلِلّهِ 



Karnival Semarak Islam Pendidikan Khas Peringkat Negeri Johor Tahun 2016

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Masih diberi nafas dan peluang oleh Allah untuk terus memperbaharui penulisan di blog ini. 

Pada 28 Mac 2016 yang lepas, pihak Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Penghulu Salleh telah menghantar wakil bagi Pertandingan Bercerita Kisah Nabi dari Al-Quran.

Nama bagi wakil bercerita Perempuan Junior ialah Nur Asha Syaqila Bt Shahrizan dan Wakil bagi bercerita Lelaki Junior ialah Mohd Hakimey bin Menhad. 

Kemenangan menyebelahi wakil dari Perempuan Junior, dimana Nur Asha Syaqila Bt Shahrizan dan beliau mendapat Johan. اَلْحَمْدُلِلّهِ اَلْحَمْدُلِلّهِ اَلْحَمْدُلِلّهِ 





Gambar di atas ialah bersama Guru Besar SK Penghulu Salleh dan bersama warga SK Penghulu Salleh. 



Adik Nur Asha Syaqila bt Shahrizan bersama piala dan wang saguhati sumbangan peeibadi dr Guru Besar SK Penghulu Salleh, Tn Hj Sarkawi bt Satu


Terima kasih kepada semua yang terlibat dan tahniah kepada murid, guru pengiring, guru-guru Pendidikan Khas dan PPM yang banyak membantu menyiapkan props bercerita. 

Semoga berjaya di masa akan datang. Inshaa Allah. 

Tuesday 20 October 2015

PROGRAM REKREASI DAN LAWATAN INDUSTRI 2015


PROGRAM REKREASI DAN LAWATAN INDUSTRI 

LOKASI : KEM DESA EMBUN PARIT KUDA & LAWATAN INDUSTRI KRAFTANGAN


AKTIVITI SENAMAN PAGI MURID-MURID BERSAMA GURU-GURU



CIKGU SYARIFFAH, CIKGU HIDAYAH DAN CIKGU MASTURA HARIS


AKTIVITI BERSANTAI SEMENTARA MENUGGU KESEMUA GERABAK SAMPAI KE KEM DESA EMBUN

SEMUA MURID PENDIDIKAN KHAS SEMPAT BERGAMBAR SEBELUM MENAIKI GERABAK


GERABAK INI DIKETUAI OLEH CIKGU HIDAYAH DAN CIKGU MASTURA HARIS.




GERABAK INI PULA DIKETUAI OLEH CIKGU SABEDAH DAN CIKGU AZHAR


TAK SABAR NAK MULA BERSIAR-SIAR NAIK GERABAK NI...


MARI BERGAMBAR LAGI. INI GERABAK CIKGU MASTURA MOHAMAD AMIN 





LAWATAN INDUSTRI KRAFTANGAN KE RUMAH BEKAS GURU KEMAS

PENERANGAN DARI SALAH SEORANG GURU KEMAS YANG TERLIBAT DENGAN KEMAHIRAN KRAFTANGAN ROTAN DAN SULAMAN


HASIL TANGAN DARI KUMPULAN BEKAS GURU-GURU KEMAS


PONDOK KRAFTANGAN


HASIL KRAFTANGAN DI PONDOK



CIKGU MASTURA HARIS BERUSAHA MENYIAPKAN BAKUL KERTAS



PENERANGAN DARI BEKAS GURU-GURU KEMAS DAN TUNJUK AJAR MEREKA TENTANG CARA MEMBUAT BAKUL KERTAS



MAJLIS PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA PIHAK KUMPULAN BEKAS GURU KEMAS



SEMOGA LAWATAN SEPERTI INI AKAN TERUS DIADAKAN PADA MASA AKAN DATANG KERANA IA MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA GURU KHUSUSNYA MURID-MURID PENDIDIKAN KHAS.... 

PERTANDINGAN BOLA JARING 3 ON 3 PENDIDIKAN KHAS DAERAH BATU PAHAT


KEJOHANAN BOLA JARING PENDIDIKAN KHAS 3 ON3, 2015
TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN PESERAI BATU PAHAT




MURID-MURID YANG TERLIBAT BERMAIN BOLA JARING. PERSIAPAN SEBELUM BERMAIN.


CIKGU HIDAYAH, CIKGU SYARIFFAH, HUMAIRAH, FAEZAH, FADILAH, NADHILAH, CIKGU INA DAN CIKGU MASTURA


KAMI MENDAPAT NAIB JOHAN DALAM KEJOHANAN BOLA JARING INI. NADHILAH TERPILIH MENGIKUTI LATIHAN DAN KEJOHANAN BOLA JARING PERINGKAT NEGERI DI JOHOR BAHRU


SEMOGA KAMI MENCAPAI KEJYAAN BOLA JARING PADA TAHUN HADAPAN DENGAN CEMERLANG. INSHAA ALLAH. 

Tuesday 30 December 2014

MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN KHAS KALI PERTAMA 2015


Alhamdulillah, tahun 2015 bakal menjelma beberapa hari lagi. Dikala kita semua buat persiapan ke sekolah, jauh disudut hati saya terfikir sejenak bagaimanakah keadaan kawan-kawan dan saudara mara kita di utara dan pantai timur yg dilanda banjir. Barangkali mereka sibuk membasuh kelas, bilik guru dan sibuk juga mengecat dan menyusun atur kembali fizikal di sekolah. Moga mereka kuat mengharungi ujian Allah. Amin.

Berbalik kita pada tajuk utama. Hari ini 30 Disember 2014 hari kami semua warga Program Pendidikan Khas Integrasi mengadakan Mesyuarat Kali Pertama untuk sesi 2015. Alhamdulillah 8 orang guru dan 3 orang Pembantu Pengurusan Murid juga hadir sama-sama menjayakan misi mesyuarat pada kali ini.

Tarikh : 30 Disember 2014
Masa : 9.00 pagi -11.30 pagi
Tempat : Bilik Kemahiran Manipulatif 


Tiada banyak perkara berbangkit sepanjang mesyuarat kami ini. Cuma ada beberapa isu kewangan dan telah pun diselesaikan dengan tanpa kesulitan hasil perbincangan bersama.


Sesi Mesyuarat Kali Pertama ini dipengerusikan oleh GPK Pend Khas kami Tn. Hj Azhar bin Jatmika. Dan saya bertindak sebagai pencatat minit mesyuarat (setiausaha tetap dan berpencen). Ops! :')


Beberapa orang guru dan PPM yang rancak menetapkan tarikh Takwim Pendidikan Khas 2015. Perbincangan berjalan lancar. 



Gambar sekitar perbincangan. GPK memberikan taklimat tentang beberapa bidang tugas guru-guru serta PPM. Semua memberikan perhatian.

Bersurai. 

Friday 14 November 2014

Jamuan Akhir Tahun Pend Khas dan Sambutan Hari Lahir


Assalamualaikum. 

11 November 2014 yang lepas kami adakan program ke luar bilik darjah iaitu ke Tasik Y untuk tujuan rekreasi dan juga kami ke Pizza Hut, The Summit Batu Pahat untuk Jamuan Kahir Tahun Pendidikan Khas. Selesai Jamuan kami bermain bowling sebagai terapi psikomotor kasar murid-murid khas. 

1. Tasik Y Batu Pahat


Aktiviti regangan badan di waktu pagi. Nyaman sungguh suasana.






Murid-murid seronok bermain di Playground. Gembira sungguh mereka ketika ini. 









Cikgu-cikgu, PPM dan murid- murid berehat sebentar sebelum ke destinasi seterusnya. Semua kepenatan tapi masih ceria. 


2. Pizza Hut The Summit Batu Pahat







Alhamdulillah Jamuan Akhir Tahun dan Sambutan Hari Lahir untuk semua warga Pendidikan Khas berjalan lancar tanpa sebarang masalah yg rumit. Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang program ini. 


Sekian. Terima Kasih. Jumpa Lagi.